"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (riwayat bukhari dan muslim)
Demikianlah keindahan islam. jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sayang sesama saudara diletakan sebagai syarat kesempurnaan iman. untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikan perkara dibawah. semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.
1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu
Sabda rasulullah: "jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepada nya bahawa dia kasih kepada nya" (riwayat tarmizi)
2. Mintalah supaya saudaramu mendoakan mu sebelum berpisah.
Umar al-khatab r.a. berkata "saya meminta izin kepada baginda rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umrah. baginda s.a.w membenarkan dan berpesan ; "jangan lupa berdoa untuk kami semua" (riwayat abu daub dan tarmizi)
3. Segeralah bersalam apabila bertemu.
Sabda rasulullah s.a.w "tiada dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah"
4. Bermanis muka apabila bertemu.
"janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan".
5.Memberi ucapan taniah kepada saudaramu dan menyukakan hatinya.
"siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakan nya nescaya allah akan menyukannya pada hari kiamat".
6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.
Daripada abu hurairah r.a, rasulullah s.a.w bersabda, maksud nya: siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan akhirat. dan siapa yang memudahkan dunia dan akhirat. siapa yang menutup keaiban orang islam, allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (riwayat muslim)
- dipetik dari artikel smakl



No comments:
Post a Comment