Saturday, 12 January 2013

wahai kaum sejenisku :')




Assalamualaikum..

Wahai kaum hawa, peringatan untuk kamu..

Allah mengangkat darjat kamu ke tempat yang sangat tinggi wahai hawa, tapi kenapa kamu senang sangat nak jatuhkan diri? :(

Tiada agama yang angkat darjat wanita ke tempat yang sangat tinggi selain daripada Islam..sehingga dalam al-quran ada satu surah khas untuk kaum hawa iaitu surah an-nisa'.

Dalam al-quran, tiada disebutkan nama wanita kecuali maryam kerana betapa nak jaganya wanita ni, kerana begitu tingginya martabat wanita..

Suruhan untuk kamu menutup aurat itu untuk memelihara kamu, bukannya menyusahkan kamu..

Bila di tegur, di suruh untuk tutup aurat, dia jawab belum sampai seru. Haram berkata camtu kerana seruan Allah telah datang beratus tahun dahulu iaitu Al-Quran..

Aurat kamu bukan wajib ditutup hanya dalam solat, di luar solat pun wajib di tutup..

Simpanlah kecantikanmu rupamu, simpanlah segalanya hanya untuk lelaki yang layak memetikmu dari tempat yang tinggi itu iaitu suamimu..

Jadilah kamu seorang wanita solehah.

Muslimah yang sejati di bibirnya tiada nama lelaki dan di bibir lelaki tiada namanya.

So, kamu pilihlah wahai hawa, kamu nak jadi "wanita fitnah dunia" ataupun "wanita hiasan dunia iaitu wanita solehah"?.

#Renung-renungkanlah :')

*kredit to : asif anuar

No comments:

Post a Comment