assalamualaikum. hai semua,, lama tak jenguk blog yang dah mula nak berhabuk ni. nak tahu tak saya sekarang ni tengah rindu gila kat "buah hati" saya. saya rindu sangat kat diorang, rindu nak bergelak ketawa, rindu saat bersedih, rindu nak buat nakal macam ponteng perhimpunan. rindu nak pergi PD lagi.. rindu semua aktiviti bersama. banyak masa saya habiskan dengan diorang, banyak cerita yang saya kongsi dengan diorang. sedihkan bila rindu orang yang kita sayang. tapi hakikat nya pertemuan dan perpisahan tu semua takdir allah, siapa la kita untuk melawan takdir allah. allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. semoga diri kalian dalam lindungan dan rahmat Nya. jadi korang hargai la sebuah persahabatan itu dan jangan persia-siakan sebuah persahabatan. kalau dia buat salah, apa salahnya kalau kita tegur dia untuk kembali kepada kebenaran. jangan biar kan dia hanyut, terkapai-kapai sorang-sorang sampai dia terpaut pada tempat yang salah. sebelum tu terjadi kita jalankan tugas kita sebagai khalifah allah ye :) kalau dia tegur kita buat salah, jangan pula kita nak melenting, terima dengan berlapang dada, tak rugi apa pun kita terima nasihat dia, mungkin allah nak sampaikan pesanan kepada kita melalui nya. dan ketahui la kalau dia tegur kita tu maknanya dia sayang kita tau. haaa lagi satu kalau dia ada masalah try bantu dia, kita tak rugi pun bantu dia, pahala lagi dapat. kalau dia ceritakan masalah dia kat kita, jangan kita jaja pula kat orang lain.. ish-ish tak elok,, kesian kat kawan kita tu..
*k la saya dah tak tau nak carita apa, hope korang dapat jadi kawan yang terbaik buat sahabat anda :') all the best!
3Tawakal 2012 :)
apa yang penting, kerjasama!
.: kegembiraan berganda :.
kami comel :)
kegembiraan di PD :)








