Tuesday, 4 June 2013

assalamualaikum. hai semua,, lama tak jenguk blog yang dah mula nak berhabuk ni. nak tahu tak saya sekarang ni tengah rindu gila kat "buah hati" saya. saya rindu sangat kat diorang, rindu nak bergelak ketawa, rindu saat bersedih, rindu nak buat nakal macam ponteng perhimpunan. rindu nak pergi PD lagi.. rindu semua aktiviti bersama. banyak masa saya habiskan dengan diorang, banyak cerita yang saya kongsi dengan diorang. sedihkan bila rindu orang yang kita sayang. tapi hakikat nya pertemuan dan perpisahan tu semua takdir allah, siapa la kita untuk melawan takdir allah. allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. semoga diri kalian dalam lindungan dan rahmat Nya. jadi korang hargai la sebuah persahabatan itu dan jangan persia-siakan sebuah persahabatan. kalau dia buat salah, apa salahnya kalau kita tegur dia untuk kembali kepada kebenaran. jangan biar kan dia hanyut, terkapai-kapai sorang-sorang sampai dia terpaut pada tempat yang salah. sebelum tu terjadi kita jalankan tugas kita sebagai khalifah allah ye :) kalau dia tegur kita buat salah, jangan pula kita nak melenting, terima dengan berlapang dada, tak rugi apa pun kita terima nasihat dia, mungkin allah nak sampaikan pesanan kepada kita melalui nya. dan ketahui la kalau dia tegur kita tu maknanya dia sayang kita tau. haaa lagi satu kalau dia ada masalah try bantu dia, kita tak rugi pun bantu dia, pahala lagi dapat. kalau dia ceritakan masalah dia kat kita, jangan kita jaja pula kat orang lain.. ish-ish tak elok,, kesian kat kawan kita tu..
*k la saya dah tak tau nak carita apa, hope korang dapat jadi kawan yang terbaik buat sahabat anda :') all the best!




3Tawakal 2012 :)

apa yang penting, kerjasama!

.: kegembiraan berganda :.

 kami comel :)

kegembiraan di PD :)

Saturday, 12 January 2013

wahai kaum sejenisku :')




Assalamualaikum..

Wahai kaum hawa, peringatan untuk kamu..

Allah mengangkat darjat kamu ke tempat yang sangat tinggi wahai hawa, tapi kenapa kamu senang sangat nak jatuhkan diri? :(

Tiada agama yang angkat darjat wanita ke tempat yang sangat tinggi selain daripada Islam..sehingga dalam al-quran ada satu surah khas untuk kaum hawa iaitu surah an-nisa'.

Dalam al-quran, tiada disebutkan nama wanita kecuali maryam kerana betapa nak jaganya wanita ni, kerana begitu tingginya martabat wanita..

Suruhan untuk kamu menutup aurat itu untuk memelihara kamu, bukannya menyusahkan kamu..

Bila di tegur, di suruh untuk tutup aurat, dia jawab belum sampai seru. Haram berkata camtu kerana seruan Allah telah datang beratus tahun dahulu iaitu Al-Quran..

Aurat kamu bukan wajib ditutup hanya dalam solat, di luar solat pun wajib di tutup..

Simpanlah kecantikanmu rupamu, simpanlah segalanya hanya untuk lelaki yang layak memetikmu dari tempat yang tinggi itu iaitu suamimu..

Jadilah kamu seorang wanita solehah.

Muslimah yang sejati di bibirnya tiada nama lelaki dan di bibir lelaki tiada namanya.

So, kamu pilihlah wahai hawa, kamu nak jadi "wanita fitnah dunia" ataupun "wanita hiasan dunia iaitu wanita solehah"?.

#Renung-renungkanlah :')

*kredit to : asif anuar

Indahnya Ukhwah Fillah




Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (riwayat bukhari dan muslim)
Demikianlah keindahan islam. jauh dari unsur mementingkan diri atau  nafsi-nafsi sehinggakan kasih sayang sesama saudara diletakan sebagai syarat kesempurnaan iman. untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikan perkara  dibawah. semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.

1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu
Sabda rasulullah: "jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepada nya bahawa dia kasih kepada nya" (riwayat tarmizi)

2. Mintalah supaya saudaramu mendoakan mu sebelum berpisah.
Umar al-khatab r.a. berkata "saya meminta izin kepada baginda rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umrah. baginda s.a.w membenarkan dan berpesan ; "jangan lupa berdoa untuk kami semua" (riwayat abu daub dan tarmizi)

3. Segeralah bersalam apabila bertemu.
Sabda rasulullah s.a.w "tiada dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah"

4. Bermanis muka apabila bertemu.
"janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan".

5.Memberi ucapan taniah kepada saudaramu dan menyukakan hatinya.
"siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakan nya nescaya allah akan menyukannya pada hari kiamat".

6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.
Daripada abu hurairah r.a, rasulullah s.a.w bersabda, maksud nya: siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan akhirat. dan siapa yang memudahkan dunia dan akhirat. siapa yang menutup keaiban orang islam, allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (riwayat muslim)
- dipetik dari artikel smakl

Sunday, 9 December 2012

Alhamdulillah, hidayah itu milik allah









Assalamualaikum, siapa kah mereka semua di atas? adakah anda mengenali mereka-mereka ni? mereka ni ialah family saya kat #teamhijrah Kuala Lumpur, melalui mereka saya mula yakin untuk berpurdah,, allahuakbar :') mereka semua ni pemberi semangat saya untuk terus berubah dan cuba menjadi seorang da'ie di bumi allah ni,, semua ni sahabat saya kerana allah,, bershabat kerana allah ni best tau,, manis je flow ni,, saya bersyukur sangat sebab allah kurnia kan saya ukhti-ukhti dan akhi-akhi yang selalu menasihati dan mengingatkan saya. Allahamdulillah. hmm,, sekarang saya sudah menjadi full time niqabis,, alhamdulillah mak dan ayah saya dah redha,, terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa mendoakan saya,, dan sesungguh nya,,, jika kita membantu jalan allah,, allah akan bantu kita dalam urusan kita, insyaAllah,, hmm,, kawan-kawan jangan takut nak berubah tau,, biasa la, diawal perubahan kita akan terima pelbagai dugaan,, itu normal,, allah nak uji tahap keimanan kita,, yang penting kita kena istiqomah tau kawan2,,, ingat allah sentiasa ada dengan kita,, istiqomah tu memang susah tapi syurga itu indah :) nak istiqomah,, kawan la dengan orang yang baik2,, bukan tak boleh kawan dengan orang yang tak baik,, boleh,, tapi jangan ikut cara dia tau,, sebaliknya,, bimbinglah dia,, bukan setakat kawan je dengan orang baik2,, hmm,, kalau kita nak berubah ni macam2 dugaan tau yang hadir,, benda yang tak dijangka pun akan hadir dalam hidup,, hah lagi satu,, kalau nak menutup aurat jangan tunggu bila ilmu dah banyak,, kalau ak tunggu ilmu tu banyak memang tak akan la,, sebab ilmu tu luas, jangan nak kata saya sekolah biasa je,, jangan tak percaya ramai tau niqabis yang saya jumpa mereka ni pun sekolah biasa juga,, hmm,, jangan jadi kan tu semua alasan tau,, biasa la bisikan syaitan,, korang kena la kuat tempis bisikan tu jangan jadi pak turut di je,, kalau jadi pak turut dia je,, memang korang jahanam la saya kata,, heheeh.. ok kat sini saya nak bagi sayu lagu buat family saya di #teamhijrah juga buat kawan2 saya yang lain ^_^
assalamualaikum,, semoga saya diberi kesempatan nak menulis lagi disini,,
salam ukhwah fillah abadan abada= salam ukhwah kerana allah selama-lamanya >.<

Thursday, 29 November 2012

hari jumaat



JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian
wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:

1. Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah. - Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)

2. Membaca surah al-Kahfi. - Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)

3. Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi. - Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud: ”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.
Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar. Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah. Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.

Antara kepentingannya adalah:

1. Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam.

2. Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri.

3. Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

4. Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya. Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:

a) Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. Nabi bersabda bermaksud: ”Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

b) Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)

Tuesday, 6 November 2012

tips jawab salam

 


97% muslim yang aku jumpa bila disebut:
"Wei,mat kirim salam..."
Akan dijawab..


"iyee ke?WA'ALAIKUMUSSALAM....."

Ok.....
Nmpk mcm tak da masalah kan?
Tertanya2 kan apa masalahnya kan?

Ya..memang ada masalah....

Jeng jeng jeng........... =.="

Sebenarnya,jelas di dalam hadis nabi saw,nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen(org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi.....
" wa'alaika wa'alaihissalam "
Sbb apa?
Mat suruh abu kirim salam kat ma'il..
Ma'il jwb " wa'alaikumussalam "
Sdgkan:-

Wa'alaikumussalam= selamat sejahtera ke atas KAMU

jadi salam mat kpd ma'il tak terjawab kan?sbb ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORG TENGAH..
Manakala:-
Wa'alaika wa'alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab.... ^_^
Indahnya islam...

Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib..jadi kalau salah jwab,bermakna MASIH BELUM JAWAB....

Friday, 26 October 2012

long time no see

assalamualaikum..
alhamdulillah lama ana tak buka blog ni. alhamdulillah juga pmr ana dah habis, doa kan kejayaan ana ye. tak tak ada benda sangat nak kongsi. just nak cakap selamat hari raya aidiladha, mybe dah lambat untuk diucap kan kot. cakap pasal hari raya aidiladha ada benda ana nak share dengan korang.

Adab dan sunnah semasa berhari raya:

Adab semasa berhari raya


I.Mandi pada dua hari raya

Imam Ibnul Qayyim menceritakan:

كان يغتسل للعيدين، صح الحديث فيه، وفيه حديثان ضعيفان: حديث ابن عباس، من رواية جبارة بن مُغَلِّس، وحديث الفاكِه بن سعد، من رواية يوسف بن خالد السمتي. ولكن ثبت عن ابن عمر مع شِدة اتِّباعه للسُنَّة، أنه كان يغتسل يوم العيد قبل خروجه.

Nabi mandi pada dua hari raya, telah terdapat hadits shahih tentang itu, dan ada pula dua hadits dhaif: pertama, hadits Ibnu Abbas, dari riwayat Jabarah Mughallis, dan hadits Al Fakih bin Sa’ad, dari riwayat Yusuf bin Khalid As Samtiy. Tetapi telah shahih dari Ibnu Umar –yang memiliki sikap begitu keras mengikuti sunnah- bahwa Beliau mandi pada hari raya sebelum keluar rumah. (Zaadul Ma’ad, 1/442. Muasasah Ar Risalah)

II.Memakai pakaian yang terbaik

عن نافع أن بن عمر : كان يلبس في العيدين أحسن ثيابه

Dari Naafi’, bahwasanya Ibnu Umar memakai baju yang terbaik pada dua hari raya. (Al Baihaqi, Syu’abul Iman No. 5938)

Dalam riwayat yang lebih panjang disebutkan:

وَعَن مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ قَالَ : قُلْتُ لِنَافِعٍ : كَيْفَ كَانَ ابْنُ عُمَرَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - يَصْنَعُ يَوْمَ الْعِيدِ ؟ قَالَ : كَانَ يَشْهَدُ صَلاَةَ الْفَجْرِ مَعَ الإِمَامِ , ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى بَيْتِهِ فَيَغْتَسِلُ غُسْلَهُ مِنَ الْجَنَابَةِ ، وَيَلْبَسُ أَحْسَنَ ثِيَابِهِ ، وَيَتَطَيَّبُ بِأَحْسَنِ مَا عِنْدَهُ ، ثُمَّ يَخْرُجُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى فَيَجْلِسَ فِيهِ حَتَّى يَجِيءَ الإِمَامُ ، فَإِذَا جَاءَ الإِمَامُ صَلَّى مَعَهُ ، ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَدْخُلُ مَسْجِدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَيُصَلِّي فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ، ثُمَّ يَأْتِي بَيْتَهُ

Dari Muhammad bin Ishaq: Aku berkata kepada Naafi’: “Apa yang diperbuat Ibnu Umar Radhiallahu ‘Anhuma ketika hari raya?” Beliau menjawab: “Beliau shalat subuh berjamaah bersama imam, lalu dia pulang untuk mandi sebagaimana mandi janabah, lalu dia berpakaian yang terbaik, dan memakai wangi-wangian yang terbaik yang dia miliki, lalu dia keluar menuju lapangan tempat shalat lalu duduk sampai datangnya imam, lalu ketika imam datang dia shalat bersamanya, setelah itu dia menuju masjid Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan shalat dua rakaat, lalu pulang ke rumahnya. (Imam Al Bushiri, Ittihaf Al Khairah, No. 1587)

sanadnya dipenuhi dengan perawi yang tsiqah,insya allah shahih :)

Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah mengatakan:

وكان يلبَس للخروج إليهما أجملَ ثيابه، فكان له حُلَّة يلبَسُها للعيدين والجمعة، ومرة كان يَلبَس بُردَين أخضرين، ومرة برداً أحمر

Ketika keluar pada dua hari raya, Rasulullah memakai pakaiannya yang terbaik, Beliau memiliki sepasang pakaian yang khusus digunakannya ketika hari raya dan hari Jumat, sekali-kali Beliau memakai (warna) yang hijau, sekali pernah(warna) yang merah. (Zaadul Ma’ad, 1/440)

III.Makan dahulu sebelum solat hari raya aidilfitri,dan makan selepas solat aidiladha

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍوَقَالَ مُرَجَّأُ بْنُ رَجَاءٍ حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي أَنَسٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

“Pada saat Idul Fitri Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tidaklah berangkat untuk shalat sebelum makan beberapa kurma.” Murajja bin Raja berkata, berkata kepadaku ‘Ubaidullah, katanya: berkata kepadaku Anas, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam: “Beliau memakannya berjumlah ganjil.” (HR. Bukhari No. 953)

Syaikh Sayyid Sabiq Rahimahullah, mengutip dari Imam Ibnu Qudamah Rahimahullah:

لا نعلم في استحباب تعجيل الاكل يوم الفطر اختلافا

Kami tidak ketahui adanya perselisihan pendapat tentang sunahnya mendahulukan makan pada hari Idul Fitri. (Fiqhus Sunnah, 1/317)

Dari Buraidah Radhiallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَطْعَمَ وَلَا يَطْعَمُ يَوْمَ الْأَضْحَى حَتَّى يُصَلِّيَ

Janganlah keluar pada hari Idul Fitri sampai dia makan dulu, dan janganlah makan ketika hari Idul Adha sampai dia shalat dulu. (HR. At Tirmidzi No. 542, Ibnu Majah No. 1756, Ibnu Hibban No. 2812, Ahmad No. 22984)

Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan: “Hasan.” (Ta’liq Musnad Ahmad No. 22984), Syaikh Al Albani menshahihkannya. (Shahih wa Dhaif Sunan Ibni Majah No. 1756, Shahih wa Dhaif Sunan At Tirmidzi No. 542)

Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan: “Dishahihkan oleh Ibnu Hibban.” (Bulughul Maram, Hal. 176. Mawqi’ Misykah)

Imam At Tirmidzi berkata:

وَقَدْ اسْتَحَبَّ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنْ لَا يَخْرُجَ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَطْعَمَ شَيْئًا وَيُسْتَحَبُّ لَهُ أَنْ يُفْطِرَ عَلَى تَمْرٍ وَلَا يَطْعَمَ يَوْمَ الْأَضْحَى حَتَّى يَرْجِعَ

Segolongan ulama menyunahkan agar jangan keluar dulu pada hari Idul Fitri sampai makan sesuatu, dan disunahkan baginya untuk makan kurma, dan jangan dia makan dulu pada hari Idul Adha sampai dia pulang. (Sunan At Tirmidzi No. 542)

IV.Dianjurkan solat di padang jika ruang di masjid sesak utk menerima para jemaah,dan dianjurkan solat di masjid jika ada halangan di padang seperti becak,lumpur dan sebagainya

Berkata Syaikh Sayyid Sabiq Rahimahullah:

صلاة العيد يجوز أن تؤدى في المسجد، ولكن أداءها في المصلى خارج البلد أفضل ما لم يكن هناك عذر كمطر ونحوه لان رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يصلي العيدين في المصلى ولم يصل العيد بمسجده إلا مرة لعذر المطر.

Shalat Id boleh dilakukan di dalam masjid, tetapi melakukannya di mushalla (lapangan) yang berada di luar adalah lebih utama, hal ini selama tidak ada ‘udzur seperti hujan dan semisalnya, karena Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam shalat dua hari raya di lapangan, tidak pernah Beliau shalat di masjidnya kecuali sekali karena adanya hujan. (Fiqhus Sunnah, 1/318)

Imam An Nawawi menjelaskan:



أما الاحكام فقال اصحابنا تجوز صلاة العيد في الصحراء وتجوز في المسجد فان كان بمكة فالمسجد الحرام أفضل بلا خلاف



Ada pun masalah hukum-hukumnya, sahabat-sahabat kami (Syafi’iyah) mengatakan bolehnya shalat ‘Id di lapangan dan bolehnya di masjid. Jika di Mekkah, maka Masjidil Haram adalah lebih utama, tanpa diperdebatkan lagi. (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 5/5)



Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, katanya:



أَنَّهُ أَصَابَهُمْ مَطَرٌ فِي يَوْمِ عِيدٍ فَصَلَّى بِهِمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْعِيدِ فِي الْمَسْجِدِ





Bahwasanya mereka ditimpa hujan pada hari raya, maka Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam shalat Id bersama mereka di masjid. (HR. Abu Daud No. 1160, Ibnu Majah No. 1313, Al Hakim dalam Al Mustadrak No. 1094, Al Baihaqi dalam As Sunan Al Kubra No. 6051, juga As Sunan Ash Shughra No. 732)

Imam Abu Ishaq Asy Syirazi Rahimahullah menuliskan:



وإن كان المسجد واسعا فالمسجد أفضل من المصلى لان الأئمة لم يزالوا يصلون صلاة العيد بمكة في المسجد ولان المسجد أشرف وأنظف قال الشافعي رحمه الله فإن كان المسجد واسعا فصلى في الصحراء فلا بأس وإن كان ضيقا فصلى فيه ولم يخرج إلى المصلى كرهت لانه إذا ترك المسجد وصلى في الصحراء لم يكن عليهم ضرر وإذا ترك الصحراء وصلى في المسجد الضيق تأذوا بالزحام وربما فات بعضهم الصلاة فكره



Jika masjid itu luas, maka shalat di dalamnya lebih utama dibanding di lapangan. Karena para imam senantiasa melakukan shalatnya di Mekkah di dalam masjid, juga karena masjid itu lebih mulia dan lebih bersih. Imam Asy Syafi’i berkata: “Jika masjid itu luas maka shalat di lapangan tidak apa-apa, jika masjidnya sempit maka shalatlah di lapangan. Jika ada yang tidak keluar menuju lapangan maka itu dibenci (makruh), karena jika mereka meninggalkan masjid dan shalat di lapangan, tidak akan terjadi dharar (kerusakan). Jika mereka meninggalkan lapangan, dan shalat di masjid yang sempit, maka hal itu akan mengganggu mereka dengan berdesak-desakan, bisa jadi di antara mereka ada yang luput shalatnya, dan hal itu menjadi makruh. (Al Muhadzdzab, 1/118)

Nota Saya: Lapangan bermaksud padang

Dianjurkan kepada para wanita dan kanak-kanak untuk keluar ke lapangan

Syaikh Sayyid Sabiq Rahimahullah mengatakan:



يشرع خروج الصبيان والنساء في العيدين للمصلى من غير فرق بين البكر والثيب والشابة والعجوز والحائض



Dianjurkan keluarnya anak-anak dan kaum wanita pada dua hari raya menuju lapangan, tanpa ada perbedaan, baik itu gadis, dewasa, pemudi, tua renta, dan juga wnaita haid.(Fiqhus Sunnah, 1/318)

Ummu ‘Athiyah Radhiallahu ‘Anha berkata:



أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى الْعَوَاتِقَ وَالْحُيَّضَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلَاةَ وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَا يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ قَالَ لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا





Kami diperintahkan Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam untuk mengeluarkan anak-anak gadis, wanita haid, wanita yang dipingit, pada hari Idul Fitri dan idul Adha. Ada pun wanita haid, mereka terpisah dari tempat shalat. Agar mereka boleh menghadiri kebaikan dan doa kaum muslimin. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, salah seorang kami tidak memiliki jilbab.” Beliau menajwab: “Hendaknya saudarinya memakaikan jilbabnya untuknya.” (HR. Bukhari dan Muslim, dan ini lafaz dari Imam Muslim)

Sunnah Ketika Hari Raya

1.Solat hari raya

Berkata Syaikh Sayyid Sabiq Rahimahullah: “Disyariatkannya shalat ‘Idain (dua hari raya) pada tahun pertama dari hijrah, dia adalah sunah muakad yang selalu dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, Beliau memerintahkan kaum laki-laki dan wanita untuk keluar meramaikannya.” (Fiqhus Sunnah, 1/317)

2.Mengadakan Khutbah dan mendengar Khutbah

Syaikh Sayyid Sabiq menerangkan: “Khutbah setelah shalat ‘Id adalah sunah, mendengarkannya juga begitu.” (Fiqhus Sunnah, 1/321)



Dari Abdullah bin As Saa’ib Radhiallahu ‘Anhu, katanya: “Saya menghadiri shalat ‘Id bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, ketika shalat sudah selesai, beliau bersabda: “Kami akan berkhutbah, jadi siapa saja yang mau duduk mendengarkan khutbah maka duduklah, dan yang ingin pergi, pergilah!” (HR. Abu Daud No. 1155, Ad Daruquthni, 2/50, Alaudin Al Muttaqi Al Hindi, Kanzul ‘Ummal No. 24097 , Ath Thahawi, Musykilul Aatsar No. 3160.)

3.Berangkat dan Pulang melewati jalan yang berbeda



Dari Jabir bin Abdullah Radhiallahu ‘Anhuma, katanya: Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam jika keluar pada hari Id akan menempuh jalan yang berbeza. (HR. Bukhari No. 986)



Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, katanya: Dahulu Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam jika keluar menuju shalat dua hari raya, pulangnya menempuh jalan yang berbeza dengan keluarnya. (HR. Ahmad No. 8454, Al Hakim dalam Al Mustadrak No. 1099, Al Baihaqi dalam As Sunan Ash Shughra No. 727, Ibnu Khuzaimah No. 1468Imam Al Hakim berkata: “Shahih sesuai syarat mereka berdua (Bukhari dan Muslim), tetapi keduanya tidak meriwayatkannya.” Imam Adz Dzahabi menyepakatinya, katanya: sesuai syarat mereka berdua.” (Al Mustadrak No. 1099) Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan: “hasan lighairih.” (Ta’liq Musnad Ahmad No. 8454)

4.Mengucapkan selamat hari raya: “taqabbalallahu minna wa minka”

Telah diriwayatkan dari Al Watsilah, bahwa beliau berjumpa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan mengucakan: Taqabballahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amal kami dan Anda). Namun sanad riwayat ini dhaif (lemah), sebagaimana yang dikatakan Al Imam Al Hazifh Ibnu Hajar Al ‘Asqalani dalam Fathul Bari. Namun, Imam Ibnu Hajar berkata: " “Kami meriwayatkan dalam kitab Al Mahamilliyat, dengan sanad yang hasan (bagus), dari Jubeir bin Nufair, katanya: dahulu para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam jika mereka berjumpa pada hari raya, satu sama lain berkata: “taqabbalallahu minna wa minka.” (Fathul Bari, 2/446. Darul Fikr)

5.Bersenang-senang dan bergembira dengan mengadakan pesta dan permainan yang halal



Berkata Syaikh Sayyid Sabiq Rahimahullah: Melakukan permainan yang dibolehkan, gurauan yang baik, nyanyian yang baik, semua itu termasuk di antara syiar-syiar agama yang Allah tetapkan pada hari raya , untuk menyehatkan badan dan mengistirahatkan jiwa. (Fiqhus Sunnah, 1/323)



Dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘Anhu, katanya: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam datang ke Madinah, saat itu mereka memiliki dua hari untuk bermain-main. Lalu Beliau bersabda: “Dua hari apa ini?” Mereka menjawab: “Dahulu, ketika kami masih jahiliyah kami bermain-main pada dua hari ini.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan buat kalian dua hari itu dengan yang lebih baik darinya, yaitu Idul Adha dan Idul Fitri.” (HR. Abu Daud No. 1134, Ahmad No. 12006, Al Baihaqi dalam As Sunan Al Kubra No. 5918, Al Hakim dalam Al Mustadrak No. 1091, Abu Ya’la No. 3820)
wallahua'lam